Thursday, August 1, 2019

Alone

Aku tak pernah rasa wujud. Aku tak pernah rasa dipunyai. Aku tak pernah rasa mempunyai. Aku tak pernah rasa kehadiran perasaan tu. Walaupun ku punya keluarga, adik-beradik, saudara-saudara. Semuanya bagiku tak wujud, dan aku tak rasa aku mempunyai semua tu. Siapa aku pada mereka? Mengapa perlu aku rasa kehadiran mereka? Mengapa perlu aku jadi sebahagian dari mereka?

Keluarga. Aku ibarat tiada keluarga. Dan aku diibaratkan sudah tidak wujud & orang asing. Aku bukan mereka, mereka bukan aku. Tiada orang kisah dengan aku. Aku wujud, dalam dimensi yang lain. Mungkin batu, pasir. Aku sudah tidak diperlukan lagi. Tiada orang ambil kisah lagi dengan aku. Apa aku nak jadi, apa aku buat, apa aku hadapi, semua tidak ambil tahu.

Ye, betul. Aku tidak wujud dan tidak diperlukan lagi.

Faham

Kau tak akan faham.

Apa yang aku lalui,
Apa yang aku rasa,
Apa yang aku hadapi.

Selagi kau tidak berada dalam kasutku.

Kau hanya tahu,

Menghukum
Menghina
Mencaci

Kau tidak akan faham.

Kenyang

”Weh aku lapar la. Jom makan.?”

“Sorry dah kenyang”

“Makan apa? Alah tak ajak pun.”

“Aku dah kenyang. Kenyang dengan overthinking & perasaan untuk bunuh diri.”

Kosong

Kehidupan ialah satu proses belajar. Belajar suatu perkara yang baru, timba pengalaman dari benda yang dipelajari.

Namun aku masih tak tahu, apa yang aku mahu, apa yang aku perlu, apa yang aku ingin gapai. Apa yang aku pelajari, ku rasakan tidak mendatangkan faedah, tidak membawa kebaikan dan manfaat untuk diriku. Apa yang aku buat, apa yang aku ada, tidak ku rasa ianya berharga dan bernilai. Bagiku, semua di sekelilingku adalah sama. Tidak memberiku satu sense untuk aku hargai mereka.


MUSNAH

Kehidupan bukanlah mudah. Kehidupan bukanlah fantasi. Ianya realiti yang setiap manusia harus tempuhi.

Tapi bagiku, bukan mudah untukku jalani kehidupan. Bukan mudah untukku hayati kehidupan seperti manusia lain. Aku tak sama dengan yang lain. Dan selamanya mungkin tidak akan sama.

Episod kepahitan, kepedihan bermula saat aku hidap penyakit dalaman, yang tidak dilihat dan dirasa fizikal. Aku punyai sakit mental, lebih tepat lagi, anxiety & depression. Aku merasakan hidupku tiada lagi makna,

Monday, October 15, 2012

HANCUR

Kalau masa mudaku sudah disia-siakan, apakah aku merasa puas tika di hari tua nanti?